
Tadi LMY berkesempatan tengok wayang cerita Ombak Rindu yang tengah meletup kat pawagam sekarang ni.Sekarang filem ini da capai 4 juta kutipan.So memang tak rugi kalau kawan² meluangkan masa tengok cerita ni.Ok sekarang LMY nak share skit apa yang best kat cerita Ombak Rindu ni dan apa plak yang tak best dari kaca mata saya .
Yang best;
- Lakonan mantap Aaron Aziz,Maya Karin,Lisa Surihani,Bront Palarea
- Jalan cerita menarik ,mudah difahami, sesuai untuk orang² yang tengah bercinta..hehehe:)
- Ada aksi ehem²..tp xelok ditiru..:(
- Ada babak yang boleh membuatkan anda berlinang air mata spt masa Haris (Aaron Aziz) tau dirinya anak angkat.
Yang tak best;
- Banyak kali ulang lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira sampai boring mndengarnya.
- Peralihan babak ke babak yang biasa saja.Tiada suntikan sinematografi yang menarik.
- Watak Emilia (Lisa Surihani) dilihat seperti terlalu jahat,tapi tak jahat sangat pun..
- Ada berlaku perubahan dari cerita asal dari novel Ombak Rindu spt sepatutnya anak Nur Izzah(Maya Karin) mati dalam kandungan semasa ditinggalkan Haris.
kesimpulannya filem ini seronok untuk ditonton untuk sesiapa yang suka layan love story.Jangan lupa bawak tisu banyak² supaya pawagam xbanjir dek kerana air mata anda..;) Selamat menonton!!
best ke man???
BalasPadam