Ahad, 29 Julai 2012

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa



Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Isnin, 16 Julai 2012

Ramadhan bakal tiba

Ramadhan bakal datang lagi..adakah hati kita gemberi dengan kedatangannya? adakah hati rasa gementar atau rasa biasa ssahaja? Ramadhan datang membawa cahaya maghfirah dan bulan yang sepatutnya kita tunggu-tunggu kehadirannya.Kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian moga Ramadhan kali ini dapat menambahkan ruang dan peluang memperbaiki dan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.Moga keberkatan Ramadhan dapat kita terokai dalam tempoh sebulan akan datang.Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua kawan-kawan BBE.

Isnin, 5 Disember 2011

Preview Filem: Ombak Rindu


Tadi LMY berkesempatan tengok wayang cerita Ombak Rindu yang tengah meletup kat pawagam sekarang ni.Sekarang filem ini da capai 4 juta kutipan.So memang tak rugi kalau kawan² meluangkan masa tengok cerita ni.Ok sekarang LMY nak share skit apa yang best kat cerita Ombak Rindu ni dan apa plak yang tak best dari kaca mata saya .

Yang best;
  • Lakonan mantap Aaron Aziz,Maya Karin,Lisa Surihani,Bront Palarea
  • Jalan cerita menarik ,mudah difahami, sesuai untuk orang² yang tengah bercinta..hehehe:)
  • Ada aksi ehem²..tp xelok ditiru..:(
  • Ada babak yang boleh membuatkan anda berlinang air mata spt masa Haris (Aaron Aziz) tau dirinya anak angkat.
Yang tak best;
  • Banyak kali ulang lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira sampai boring mndengarnya.
  • Peralihan babak ke babak yang biasa saja.Tiada suntikan sinematografi yang menarik.
  • Watak Emilia (Lisa Surihani) dilihat seperti terlalu jahat,tapi tak jahat sangat pun..
  • Ada berlaku perubahan dari cerita asal dari novel Ombak Rindu spt sepatutnya anak Nur Izzah(Maya Karin) mati dalam kandungan semasa ditinggalkan Haris.
kesimpulannya filem ini seronok untuk ditonton untuk sesiapa yang suka layan love story.Jangan lupa bawak tisu banyak² supaya pawagam xbanjir dek kerana air mata anda..;) Selamat menonton!!


Khamis, 1 Disember 2011

Surat Saidina Ummar Al -Khattab Kepada Sungai Nil.

mungkin ada yang dah tahu ,mungkin ramai juga yang belum tahu kisah ini.Saidina Umar,semasa menjadi khalifah bukan sahaja terkenal dengan keadilannya dan kebijaksanaannya memerintah negara sehinggakan segala arahannya dan permintaannya di ikuti oleh rakyat jelata,bahkan sungai nil pun taat kepadanya atas kehendak Allah s.w.t

"Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil,
kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah
maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah
itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir
seperti sediakala".
Kisahnya,

Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah SWT.

Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.

Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As r.a. sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.

Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.

Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.

Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru al-As r.a. keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. bagi menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.

Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat.

Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca,air muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir. Katanya " adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan bodoh ini".

Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.

Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil.Setelah membacanya Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu ima
n mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.

cc to Amar Waris

Nickname kawan² BBE dulu²- lelaki

Nama-nama gelaran yang familiar kat SMAS dlu ,sampailah sekarang pun masih dikenali dengan gelaran itu,antaranya;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...