Selasa, 10 Ogos 2010

HADIS KELEBIHAN AL QURAN

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain. ( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. ( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh. ( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan. ( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )


Selasa, 20 Julai 2010

"Sampai aku tido bawah jambatan"- Aaron apai


Nilah AARON fAIZ YANG BUAT PENGAKUAN TIDOR BAWAH JAMBATAN SEBAB RAMAI SANGAT NAK AMBIK GAMBAR DIE..


"kat sini ambik gambo,kat johor tu,Berita harian,metro,melodi,hari² datang umah,sampai aku tido bawah jambatan"-Aaron Apai

Gosip murahan

Isnin, 19 Julai 2010

BBE & Kerja

Lalalala...kerja!!!keerjaaaa!!

Ramainye kawan² yang dah start kerja sekarang ni.Ada yang kerja Govermant,Swasta,Kontrak,Kerja sendiri,Bisness sendiri,Yang penting selagi belum tutup mata kita kena korje kan..Duit bukan boleh datang tanpa kita usaha kerja.

Yang penting apa yang kita kerjakan tu Halal,tiada unsur² yang haram contoh cam unsur judi,riba'curi,rasuah dan lain².Tak kiralah kerja kita tu bergaji besar atau sikit yang penting keberkatan hidup sebenarnya

Beribadahlah kamu seolah² kamu mati esok
Bekerjalah kamu seolah² kamu hidup selama²nya

Tidak salah mencari duit untuk kaya yang salah bilamana kita salah gunakan kekayaan tu.
So kita yang masih diperlukan lagi untuk bekerja janganlah sia²kan peluang pekerjaan kita tu .Untuk mendapat peluang yang lebih baik ,berdoalah moga Allah memebuka jalan untuk tambahkan rezeki untuk kita.Berusahalah untuk kepentingan diri sendiri,keluarga dan masyarakat.


Sabtu, 17 Julai 2010

BBE & Perkahwinan (2)

Bagi yang sudah lama tak dapat hubungi kawan² lama ,Berikut adalah senarai kawan² yang telah meninggalkan zaman bujang;(kalau ada tertinggal tolong bagitau)


Azmi bin Muslim





















Azfah Arina bte Jumat















Aishah bte Mastahir

















Nurnie Hasnieta bte Sadikon















Ridhuan bin Muhammad




















BBE & Perkahwinan

Menjengah usia 23 tahun ni ,memang sudah menjadi kesesuaian untuk mendirikan rumah tangga.Untuk meneyempurnakan lagi pelayaran hidup kita sampai kita kembali ke liang lahad di usia sebeginilah memang lumrah hidup orang mencari pasangan.

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kawinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Pihak BBE mengucapkan ribuan ucapan tahniah kepada yang telah melangkah ke satu alam yang dinamakan alam perkahwinan ,moga perkahwinan yang dibina mampu kekal teguh hingga ke anak cucu.Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan juga,moga dapat melangsungkan majlis dengan jayanya.Insyaallah kalau tiada keberatan kami semua akan turut hadir memeriahkan majlis itu.

Yang masih belum berpunya ,doa-doalah moga dipercepatkan pertemuan itu.Agar dapat meneunaikan satu ibadah yang Allah tuntut untuk umat nabi Muhammad S.A.W.



Batch Budak² Excelent

Hye kawan² ,sedar tak sedar dah besarkan kite ni,makin lama kita makin jauh tak macam dulu ,so blog ni sbnarnye khusus untuk kita Budak SMAS batch 2000-2004 atau aku bagi name sendiri la..tak kire korang setuju atau tak ..aku bagi nama Batch Budak² Excellent(BBE).Suka tak nama tu..kalau tak suka lantak la..tp sebenarnya nama ni untuk naikkan martabat kita jugak yg banyak jasa masa kt SMAS dlu hehehhehe...

Untuk pengisian blog ni ,aku akan upload cerita² tentang korang la,tntang perkembangan korang sekarang,sesape yg ade idea nk bagi blh la suggest kat aku ni..smntare blog ni barulah dikatakan baby lg...

Ok apa² hal nanti kl ade apa² perkembangan ,nk bt reunion ke ape ,aku inform kt sni..ok..see you all for the next time...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...