Sabtu, 17 Julai 2010

BBE & Perkahwinan

Menjengah usia 23 tahun ni ,memang sudah menjadi kesesuaian untuk mendirikan rumah tangga.Untuk meneyempurnakan lagi pelayaran hidup kita sampai kita kembali ke liang lahad di usia sebeginilah memang lumrah hidup orang mencari pasangan.

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kawinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Pihak BBE mengucapkan ribuan ucapan tahniah kepada yang telah melangkah ke satu alam yang dinamakan alam perkahwinan ,moga perkahwinan yang dibina mampu kekal teguh hingga ke anak cucu.Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan juga,moga dapat melangsungkan majlis dengan jayanya.Insyaallah kalau tiada keberatan kami semua akan turut hadir memeriahkan majlis itu.

Yang masih belum berpunya ,doa-doalah moga dipercepatkan pertemuan itu.Agar dapat meneunaikan satu ibadah yang Allah tuntut untuk umat nabi Muhammad S.A.W.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...